Sunday, February 28, 2010

Jqaf Langkawi : Teknik Seo


Alhamdulillah, setelah belajar beberapa lama, study beberapa bulan, akhirnya berjaya mencari, bagaimana menggunakan teknik SEO untuk mendatangkan trafic ke Laman kita. Memang selalu IM menyatakan kita punya kandungan mestilah Friendly Seach Engine. Tapi bagi yang Newbie mana nak kenal semua tu. bila sebut SEO pun mungkin tenganga. apatah lagi kalau menyebut yang lebih dalam.

Dalam 2 bulan ke belakangan ini, mencari dan mempraktik setiap maklumat yang dapat, jqaflangkawi.blogspot.com telah mendapat ranking dalam seach engine, dilaman pertama dan menjadi laman ke lima yang disenaraikan.

Memang itu tidak penting bagi blogger yang tidak peduli, laman mereka ditempat yang ke berapa, tapi itu amat pentig bagi IM.memang betul kawan saya kata... apa guna kalau laman kita, buat cantik2 tapi tak ada orang nak ziarah. Betul tak?

Sekian


Jqaf Langkawi : Alhamdulillah


Alhamdulillah, Kelmarin telah selesai perlawanan ping pong, rupanya program sehari bersama tabung haji. ok juga, ada check kesihatan percuma. Perlawanan ping pong seperti yang dirancang, Ustaz Ismail dari Sekolah Seri Lagenda Mendapat tempat pertama, Johan la. Ustaz Rosidi dari Sk Ulu Melaka Mendapat tempat ke dua. Tempat ketiga Tabung Haji Sendiri.

Regu pula : Tempat pertama Tabung Haji. Tempat Kedua Pasangan Ustaz Rosidi dari Ulu Melaka dan Ustaz Ismail dari Sk Seri Lagenda. Hadiahnya Ok juga. Banggunan Tabung Haji, berwarna biru putih berserta Medal. Ok La, tak dak kerja lain boleh juga keluarkan peluh.

Bila rasanya Sekolah-sekolah kat langkawi nak buat anjuran pertandingan ping pong antara guru dan staf.... boleh juga keluarkan peluh-peluh yang manis ni.

Harap ustaz ismail aturkan perlawanan ping pong, buat la peringkat langkawi.

sekian


Monday, February 22, 2010

Jqaf Langkawi : Subhanallah







Kisah Air Masin & Air Tawar
"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery ' pasti
kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu ' lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur ' an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur ' an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur ' an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.


Sunday, February 21, 2010

Jqaf Langkawi : Kenapa Pelajar Gagal


Hari ni saya masuk ke dalam kelas bahasa arab. setelah mengajar ramai murid tidak dapat menguasai kalimah tersebut. Adakah guru gagal menarik minat atau kerana murid tersebut ingatannya lemah. Memang kelas tersebut, kelas D tapi di sana terdapat cara bagaimana untuk menarik mereka dalam meminati bahasa tersebut.

Rasanya telah habis ilmu yang dimiliki telah digunakan. kekadang tu terasa tension juga bila melihat mereka gagal menguasai.. mungkin di sana kawan2 ada cara boleh kongsi bersama saya.


Saturday, February 20, 2010

Jqaf Langkawi Adakan Pertandingan Pingpong


Salam
Satu pertandingan ping pong akan diadakan di langkawi, Insya Allah sebelum bulan 5 nanti, semuanya dalam perbincangan, rentetan kejohanan ping pong pada 27 03 2010 ada la, dua tiga orang guru jqaf masuk pertandingan di kejohanan ping pong terbuka kelibang.

Menang tak tau lagi, yang penting lawan tetap lawan. Apa pun persedian mesti ada, takkan tak sedia lagi, dok nampak belatih sampai jam 12 tengah malam. diingatkan kalau satu kumpulan dengan Team Ulu melaka, rasanya macam tak dak harapan. bukan apa pengalaman melihat mereka bermain. Memang hebat team Ulu melaka.

Apa yang penting, kita dapat keluarkan peluh memanjangkan kesihatan badan, betulkan Akal yang sihat dari tubuh yang sihat.

Selamat bersukan.


Friday, February 19, 2010

jqaf langkawi


Aduhai hari ni, terdengar pula, ada perbalahan antara guru jqaf PI dengan Ba, Jqaf langkawi . jqaf langkawi . Apa nak jadi dengan pulau kecil ni. Kes option pendidikan Islam dengan Option Bahasa Arab. Ada ka patut tak mau ajar bahasa arab. sebab dia bukan option ba kat maktab. Dah tu, Apa makna jqaf, bukankah j tu untuk jawi, q untuk quran A untuk arab dan F untuk fardhu Ain. Orang panggil kita pun guru jqaf. macam syampoo 3 dalam satu, kita ni empat dalam satu.

Bagi saya la... apa pun optionnya itu adalah tugas kita, ada yang option Bm ngajar Bi, mengajar Mate. Orang tak kisah pun. takkan kita nak ajar B.a riuh sekampung. Insaflah wahai guru jqaf.

Harapan agar guru jqaf di langkawi ni, lebih prihatin dengan anak murid dari dok betelagah tentang option.

sekian


Thursday, February 18, 2010

Tahniah Tahniah Tahniah


Jutaan Tahniah untuk untuk para bisnes online, Paypal melalui Pengurus Besar Paypal Asia dan India Mario Shiliashki mengumumkan khidmat baru untuk ahli Paypal malaysia. Mereka akan diberi sokongan bayaran dalam Ringgit Malaysia melalui bank tempatan.

Inilah yang ditunggu oleh pengguna Paypal, sebelum ini mereka terpaksa memasukkan duit melalui kad kredit, selepas paypal mengumumkan transaksi kewangan boleh dilakukan dalam ringgit malaysia, perniagaan online akan semakin mudah.

tahniah tahniah tahniah


Penggunaan Action Script


Bagaimana menggunakan Action Script? hai, apa tu? Action Script adalah plug in untuk photoshop, mudah untuk digunakan bagi orang yang tak berapa tau program tu macam saya. hanya masukkan gambar dalam layout yang disediakan kemudian tekan play scritp.. dengan menggunakan action script kita seperti seorang profesional yang memang mantap dalam penggunaan photoshop.
Action Script ada yang percuma, ada yang berbayar, boleh taip dekat google seacrh untuk dapatkan yang percuma.

selamat mencuba


info : Ghostery Mencari Pengintip


Salam
Ghostery merupakan ceplos yang mencari pengintip ketika anda melayari website. ianya sesuai bagi pengguna firefox dengan muat turun percuma. Ya Add on menarik untuk pengguna Mozilla. Ceplos ni, akan mencari web bug dan mengingatkan kepada anda bahawa anda sedang diintip sekarang, satu kawasan hitam sebelah kanan pelayar anda akan memaparkan, siapa yang sedang mengintai anda. sama ada pengintai itu berbahaya - untuk virus - atau tidak berbahaya - Google analytics -.

Walaupun anda memadam cookies. cookies hanya melindung privasi anda di internet sedangkan web bug tetap melekat di situ. Ceplos ini, hanya memberi amaran awal kepada anda ia tidak mendelete, cure secara automatik. Bila dah tau tunggu apa lagi, beli antivirus.....

Untuk muat turun : www.ghostery.com

Salam


Tuesday, February 16, 2010

Ebook Mutiara Hadis Qudsi


Salam
Insya Allah, tidak lama lagi, kami akan melancarkan Ebook pertama Mutiara Hadis Qudsi, buku tersebut membicarakan tentang Hadis Qudsi di mulai dengan Hadis berhubung surah Al fatihah.Buku tersebut telah dikomentarkan oleh Syeikh Nuruddin Al Makki Al Banjari, Ulama tersohor Nusantara, Dr Abdul Aziz bin Haji Hanafi Pensyarah Insaniah telah menyatakan beliau ( Tn Hj Mohd Zakir bin Abdul Majid ) merupakan pengarang muda yang meningkat naik.

Jangan lepaskan peluang dari memiliki buku Ilmiah Tersebut.


Jqaf : suku kata Terbuka dan tertutup


Salam
Teman-teman masih ingat bagaimana mengenal suku kata terbuka dan tertutup dalam tulisan jawi. Suku kata terbuka adalah setiap suku kata yang diakhiri dengan Alif Wau dan Ya, dalam rangkap kata "Awi" ا و ي . Suku kata tertutup pula setiap suku kata yang diakhiri selain huruf ا و ي .

Suku kata terbuka
Contoh :
لاري
ڤادي
ڤاکو

Suku kata Tertutup
contoh
کامفوڠ
کنداڠ

Selamat mencuba


Buat Duit Dengan Blog


Salam
Hari ini, AbgDie memperkenalkan kepada Anda, satu program yang paling basic, mudahlah katakan untuk anda mendapatkan wang dari internet, tak perlu pengalaman yang tinggi, tak perlu pandai pemasaran, hanya letakkan lambang sebelah kiri abgdie. Anda klik situ dan pergi daftar. La dekat gambar orang pegang duit tu, "It's time to earn more with your blog. Cepat pergi situ, kalau tak paham lagi boleh tanya, tulis dalam komen atau chat.


Monday, February 15, 2010

Jqaf : jawi Teknik mengingat


Salam semua.
Hari ni nak kongsi lagi satu tentang teknik mengingat 12 huruf jawi yang tidak boleh menerima alif dalam wazan أ أ a a. Ok sebagai ulangan kaedah "Tulisan jawi yang mempunyai 2 suku kata terbuka, suku kata pertama dan kedua berbunyi A A. tidak boleh menerima huruf Alif bagi suku kata kedua". Contoh : ساي, راس

Huruf jawi yang tidak boleh menerima Alif ا bagi suku kata ke dua, terdapat 12 huruf.

ب ت ف ݢ ن س ڽ چ ي ک م ج memang kalau nak ingat susah sangat tu, jadi saya ringkaskan dalam sebutan : "Betapa ganasnya cik Mat Jongang".
Betapa = Ba Ta Pa Ganasnya = Ga Nun Sin Nya Cek = Cha Ya Kaf
Mad = Huruf mula sahaja iaitu Mim Jongang = Huruf mula sahaja iaitu Jim.

Anda boleh mencipta cerita lawak untuk murid2. melalui cerita lawak itu murid akan terus ingat kaedah tersebut. inilah yang saya lakukan. Ya murid saya dapat mengingat kaedah tersebut dengan sekali ulangan sahaja.

Selamat Mencuba


Tukar Header


Alhamdulillah, tempat untuk menukar header telah ditemui, tapi header pula tak siap lagi, dok metelaah photoshop dah sampai 5 pagi, dah nak kelabu mata ni, mula ingat nak buat sekejap saja lepas balik main ping pong tadi dah jam 12.00 tengah malam. apa pun bukan senang untuk menyiapkan sesuatu perkara, lagi pun ni bukan kerja wajib.. saja seronok-seronok jer, banyak ilmu yang dapat hari ni, rupanya google ni banyak sangat tawaran percumanya kita yang tak abis study.

Bayangkan google chrome baru masuk berapa tahun dalam dunia pelayaran internet, sekarang sudah terbina Os sendiri, padahal masa mula kita kenali internet dulu Netscape Navigator telah kecundang dalam bidang yang sama. Memang khidmat google boleh dipercayai, percaya atau tidak laptop, notebook yang termurah adalah yang berasaskan Os google chrome.

Cuba Fikirkan, Jangan kita ketinggalan


Sunday, February 14, 2010

Google Analytics


Salam, ingin berkongsi dengan guru jqaf atau sesiapa saja yang melawat blog ni, penggunaan google analytics amat baik untuk webmaster atau blogger yang ingin mengetahui dari mana datangnya trafik ke web anda. kebanyakkan blog jqaf meletakkan Feedjit live trafic, bagi saya ia sedikit sebanyak mencacatkan penampilan blog kerana terlalu banyak maklumat yang dipamerkan, namun ianya mengikut selera blogger.

Sekiranya anda ingin bisnes online, elakkan dari meletakkanya, Google analytics adalah program percuma yang ditawarkan oleh google sama seperti google picasa. yang penting anda melakukan pendaftaran terlebih dahulu kemudian pastekan code ke dalam blog anda sebelum </body>.

Anda akan tahu dari mana datangnya trafic dan page apa yang mereka suka. bila waktu mereka lawat, jam berapa mengalami kesibukan trafik ke web atau blog anda. tapi sekiranya anda menggunakan domain berbayar semuanya telah disediakan oleh syarikat.

Selamat mencuba


Tulisan Jawi jqaf


Dalam tulisan jawi terdapat 20 patah perkataan mengikut ejaan Zaaba, mungkin sesetengah dari kita susah nak ingat, di sini saya nak kongsi satu cara untuk mengingat perkataan tersebut. saya telah uji murid2 saya dan juga anak saya. Alhamdulillah mereka dapat ingat dalam masa beberapa minit saja. perkataan tersebut saya rangkumkan dalam ayat :

Apa ada pada kita,
jika ia lima di,
Maka itu dan ini,
daripada bin kepada binti
dari syurga demikian manusia.

itulah perkataannya, kalau buat dalam bentuk lagu lagi cepat ingat.
lagu wonder pet ka.. lagu aku bukan superman ka... atas kreatif guru.

Hari ini, anak saya dapat menghafal 20 patah perkataan tersebut tak sampai sejam

Selamat mencuba


jqaf oh jqaf


Kaedah tulisan jawi
Rasanya kaedah tulisan jawi ni, Tidak Jamie dan Manie'. Kaedah mana tu? "Satu suku kata tertutup dari bahasa melayu atau inggeris. contoh das, bas, dam dll. bila ditulis dalam tulisan jawi mesti ditiadakan huruf Alif" Ini lah yang masyhurnya. tapi bila kita lihat pada ejaan "Pas" "wang" ia akan lari dari kaedah ini.

sepatutnya hanya Pa dan Sin untuk Pas, Wau dan nga untuk wang.kalau disemak. www.ejawi.net ejaannya Pa, Alif, Sin untuk Pas. Wau, Alif Nga untuk wang.

Ejaan tersebut kalau mengikut kaedah seterusnya, Pa, Alif, Sin adalah Pasa. Siapa yang ada kaedah boleh berkongsi.


Saturday, February 13, 2010

Percubaan


Rupanya menggunakan bahasa html ni, penat. hari ini telah membuat percubaan menukar header, banyak yang lari. namun di sana beberapa ilmu yang dapat. antaranya penggunaan google picasa untuk membuat album. kegunaannya sama dengan photobucket, flickr atau yang sewaktu dengannya. cuma photo picasa ini bagi saya lebih friendly untuk menukar banner pada header. namun masih lagi dalam study.

Ke 2 menggunakan page element pada blogspot lebih mudah untuk menukar header dari menggunakan bahasa html, namun percubaan akan mewarisi ilmu lain. biasalah bila background kita bukan dari keluaran IT, ilmu yang kita dapat berdasarkan Try and Errors. Cuma dalam mendapatkan ilmu, jangan sesekali berputus asa.


Pay Per


sebenarnya dalam kaedah pay per ini, saya temui tiga jenis.
1. Pay per Click :PPC
Anda akan dibayar sebanyak mana orang klik di link tersebut.. ini diguna oleh google

2. Pay per Sale :PPS
Anda akan dibayar berdasarkan barang yang mampu anda jual.
ini biasanya ditawarkan oleh Clickbank

3. Pay per Lead


Friday, February 12, 2010

Perniagaan Online


Terlalu banyak untuk dikatakan tentang perniagaan Online. Antara perniagaan Online yang pernah saya ceburi.

1. Ebook ( Perniagaan ini amat banyak di internet )
Spt : ifan khairi, pendapatan lumayan dan sebagainya
2. Affliatte ( Mengambil komisyen dengan mempromosi link )
spt : clickbank ( saya pernah dapat komisyen Usd 1000.00 sebulan )
3. Pay per click ( spt google Adsense )

Pilihlah salah satu, perniagaan online yang anda minat.

Ebook mungkin anda memerlukan masa untuk mengarang buku, tapi sekiranya anda mempunyai kelebihan dibidang tersebut. Tahniah.

Affliatte adalah mudah, anda hanya perlu mempromosikan link yang diberikan kepada anda. ia tidak memerlukan modal kecuali anda mempromosikan di web berbayar contoh harian metro.

Pay per Click juga tidak memerlukan wang, ia hanya perlu anda mendapatkan trafik yang tinggi ke Web anda. Anda perlu tahu SEO untuk mendapatkan trafik tersebut.

Selamat Mencuba


Apakah Bandwith


Seperti posting yang lepas saya telah menyatakan. hosting diibaratkan rumah. Bandwith kita ibaratkan jalan menuju ke rumah tersebut. sekiranya bandwith anda kecil bererti jalan menuju ke rumah anda akan berlaku kesesakan, ia tidak mampu menampung jumlah pengunjung dalam satu satu masa.

Masihkan anda ingat ketika anda ingin melihat keputusan temuduga seperti jqaf, kpli dan lain. Anda mungkin tidak dibawa menuju ke web emoe.gov.my pada malam tersebut. ini disebabkan bandwith tidak dapat menampung trafik pada malam tersebut, walaupun berkali-kali anda refresh.

Bagi perniagaan online, keadaan ini amat buruk sekali, kerana pengunjung akan lari, jika laman tidak dapat memaparkan dalam masa kurang 30 saat.

Untuk mengatasi perkara ini, Anda jangan meletakkan terlalu banyak java scritp ( cuba klick kanan mouse di blog ini ) atau Flash.

Selamat mencuba


Thursday, February 11, 2010

Mentor Jutawan


Siapa tidak kenal dengan Irfan Khairi, beliau merupakan jutawan internet yang pertama, ditemu ramah dengan beberapa stesen tv tempatan. mengajar mereka yang ingin menjadi jutawan online cara dan bagaimana untuk mencapainya, kini dengan rasminya beliau ingin menjadi mentor kita dalam merealisasikan impian menjadi jutawan internet.

Marilah sama-sama kita rebut peluang menjana pendapatan sampingan melalui minda dan cara beliau mengurus dan bagaimana beliau menjana pendapatan online


Kandungan Friendly


Assalamualaikum
Satu lagi kesilapan yang selalu dilakukan oleh peniaga internet, kandungan mereka tidak friendly dengan domain ( Address ) ini menyebabkan laman mereka tidak mendapat ranking di engine carian.

Contoh : http://www.pendapatan.com banyakkan perkataan pendapatan dalam cerita atau ayat yang digunakan. tapi jangan anda tulis perkataan tersebut berulang "pendapatan, pendapatan,pendapatan" ini akan disenarai hitam oleh google dan lain2 engine carian.

Untuk mendapat ranking anda harus memahami SEO ( Search Engine Optimize )

Selamat Mencuba.


Apakah Laman Web


Laman Web adalah satu tapak untuk anda menyimpan segala data yang ingin anda promosi terdiri dari gambar, fail, data base dan lain. biasanya bila sebut web ia terdiri dari 3 benda penting.
1. domain.
Domain alamat ke rumah Anda.
2. Hosting
Hosting adalah Rumah Anda.
3. Bandwith
Jalan untuk ke rumah Anda.

Domain yang dipilih biarlah sesuai dengan apa yang hendak anda jual dan mudah diingati.
contoh http://www.pendapatan.com, www.pendapatan.com, www.jutawan.com apa saja yang anda fikirkan sesuai. boleh dapatkan bantuan Google keyword.

Hosting termurah mercumaya seperti yang terdapat disebelah kiri, ini yang terkini saya jumpa. Sebab sebelum ini saya menggunakan internetwebhosting Rm 120.00 setahun. Mercu maya hanyalah Rm 68.00 Setahun.

Selamat Mencuba


Wednesday, February 10, 2010

Apa Yang Anda Perlu Untuk Internet Biz


Secara ringkasnya bagi anda yang ingin memulakan biz internet.

1. Laman Web atau Blog ( Untuk menceritakan produk )
2. Auto Responder ( Untuk Follow up, Automatik)
3. Teknik Pemasaran Internet. mungkin Affliate atau sebagainya.

Saya akan mengupas untuk anda secara ditir selepas ini.


Menggunakan Traffic YouTube


Assalamualaikum
Anda biasa dengar Youtube, tetapi adakah anda terfikir bagaimana menggunakan Youtube untuk mendapatkan Wang. Di sini saya sertakan seorang sifu yang tahu selok belok menggunakan youtube untuk mendapatkan wang. Beliau banyak menghuraikan cara2 menggunakannya serta Video tunjuk ajar yang mudah difahami.


Perniagaan Online


Assalamualaikum
Bagi peminat perniagaan Online, mereka pasti tidak mahu terlepas dari memenuhi permintaan pemasaran. Salah satu cari untuk mendapatkan trafik adalah dengan mengadakan program affliate. Program affliate adalah satu software yang penting di dalam perniagaan internet. Menggunakan program ini, Anda akan memprolehi trafik yang tinggi di internet. Oleh kerana komisyen yang diberikan oleh anda, maka ramai orang yang anda tidak dikenali akan mempromosikan add anda. selamat mencuba.


Tuesday, February 9, 2010

Mengurus Diari Digital


Assalamualaikum
Kepada yang ingin mencari pembantu peribadi, Farah ada temui satu laman web yang menyediakan pengurusan diari digital. web ini menyediakan khidmat untuk diri sendiri dan juga groups, malah ia dilengkapi dengan alert time. Bagi guru ia amat berguna untuk memaklumkan kepada murid setiap aktiviti yang dijalankan, malah rancangan aktiviti dalam setahun turut boleh di access oleh murid-murid.

Bahagian ini akan memberi opsyen kepada pemilik diari tersebut untuk membolehkan pelawat mengubah sesuatu atau hanya sebagai pembaca sahaja. Ia sesuatu yang baru malah diberikan service percuma. Harapan Farah kepada pembaca agar mencuba... kerana farah dan keluarga menggunakan service laman tersebut.

Alamat web tersebut boleh didapati pada link dibawah atau di sini


Saturday, February 6, 2010

Alhamdulillah hampir siap




Alhamdulillah blog farah hampir siap, setelah beberapa hari farah belajar edit dan masukkan widget. akhirnya terhasil sebagaimana yang kawan kawan lihat. harapan farah agar mendapat kritikan membina


Nasi Tomyam Udang




Petang ni, lagi sekali Abi bawak kami semua makan nasi kat luar.. Farah macam biasa kalau pergi makan Minum dah tentu Fresh Oreng makan Tomyam Udang, Sedap sungguh, farah tambah sampai 3 kali, last sekali Fresh Oreng tak abis.. Farah takut Abi marah.. Farah cuba abis kan. Minta ibu tolong abiskan juga. masa order tu, rasanya macam boleh Abis. Makan kat De bendang kali ni sedap.. rasanya dah tukar tukaq masak lain kot. dulu pi tak sedap pun


Starbuck Coffee




Hari ni Farah dengan keluarga pergi minum Starbuck Coffee, Harga bagi secawan Coffee tersebut Rm 14.00 mahalnya. Farah tak dapat minum Coffee tu.. sebab Abi order Coffee panas Farah minat yang sejuk. Starbuck mengeluarkan perisa coffee baru, entah namanya Farah tak ingat. bunyi macam honey orrangge.


Thursday, February 4, 2010

Sekolah Di Landa Taufan




Hari ini dalam sejarah, selama farah bersekolah di sini, kali pertama sekolah Farah dilanda puting beliung... angin yang datang dari arah bendang begitu kuat bunyinya desiran debu yang beterbangan menunjukkan kelajauan angin tersebut.... dari arah bendang ia menuju ke kantin sekolah, Sedikit tersasar, mungkin disebabkan ustaz Fakruddin berada di situ, angin tersebut melencung ke banggunan Koperasi seterusnya mengangkat bumbung banggunan Koperasi yang baru ditukar....

Ramai guru yang pergi melihat kejadian tersebut.. selama ini Farah hanya melihat di kaca tv sahaja.. namun hari ini ianya berlaku di sekolah Farah


Tuesday, February 2, 2010

ustazah dan keluarga




Malam ni Ustazah dan keluarga bertandang ke rumah farah.... sian anak ustazah tergeliat tangan.. balik dari urut depa mai rumah farah.. farah jamu roti mayat dan air milo.. mudahan ustazah suka


Pergi Cabut Gigi


Hai, gigi sakit dah lama.. dah berminggu-minggu, biasanya setiap hari Abi berjanji, abi terlupa.. hari ni memang abi dah ingat.. bila tiba kat klinik ayer hangat doktor pulak tiada.. punya la panas hari ni... tak tau nak habaq, doktor pulak tak dak lagi berasap.. walau apa pun katanya esok doktor ada..tapi pagi tu kena pi sekolah la pulak....
Bila rasanya gigi ni boleh di cabut.. sakit sakit memang terlalu sakit.. tolak dengan lidah pun rasa macam boleh tercabut.. tapi sakit betul betul sakit... tolong farah nak cabut gigi ...


 

Jqaf Langkawi Membina Insan Cemerlang Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha