Tuesday, March 30, 2010

Bagaimana Meningkat Pengunjung

Posted On 12:51 AM | 0 comments


Membuat website dan meluncurkannya di internet bukanlah hal sulit. Sekarang ini, dengan harga domain kurang dari 10 dollar dan banyaknya free template percuma yang tersedia di internet, banyak orang yang telah dapat memulai bisnes onlinenya sendiri. Tetapi, kadang kala, ketika harus mempromosikan website, kita sering kehilangan “arah” dan ide. Dengan banyaknya jutaan website sekarang ini, bukanlah hal yang mudah bagi para webmaster untuk mendapat trafik dan menghasilkan penjualan dari sebuah website baru.

Berbicara mengenai penjualan, seperti kita tahu semua bergantung pada trafik yang kita dapatkan pada website kita. Semakin banyak trafik berarti semakin besar kemungkinan penjualan yang terjadi. Trafik berbayar adalah metode termudah untuk mendapatkan trafik, tetapi untuk para newbies dengan budget yang rendah atau tanpa budget sama sekali, trafik berbayar bukanlah suatu pilihan baik. Apa yang dibinginkan adalah trafik tidak berbayar (free traffic) sampai tingkat penjualan kita naik dan wang yang diperolehi kembali untuk memperoleh pengunjung/prospek lebih banyak. Pertanyaannya, bagaimana seorang newbies / internet marketer baru memperoleh trafik gratis ini?

* Daftar article directories / direktori artikel. Anda dapat mendaftarkan artikel terbaik anda di direktori artikel seperti www.infogue.com yang pengunjung website-website tersebut memiliki jumlah trafik yang banyak dan berkemungkinan mereka menyukai salah satu artikel anda, mereka juga dapat menjadi pengunjung berpotensi ke website anda. Hampir 50% pengunjung blog infocariuangonline.com berasal dari pengunjung artikel direktori infogue.com dimana itu merupakan jumlah yang cukup besar hanya dari satu sumber trafik/pengunjung (traffic sources).
* Komentar di Blog yang ramai dan usahakan jadi komentator pertama. Anda dapat memberikan komentar terbaik anda di blog dengan niche yang sama seperti anda. Bila mereka melihat komentar anda menarik dan berguna, maka merekapun akan tertarik untuk melihat website anda.
* Aktif di Forum. Pilih forum yang banyak anggota dan tunjukkan kelebihan anda. Berikan komentar-komentar yang membangun dan bermanfaat serta unik. Dan jangan lupa menyisipkan nama website anda setiap habis memberi komentar. Bila mereka menyukai apa yang telah anda kontribusikan, maka merekapun akan tertarik untuk mendatangi website anda.
* Berikan Hadiah. Sesuai dengan prinsip marketing yaitu Memberi sebelum Menerima, maka berikan hadiah atau barang yang bermanfaat yang dapat anda berikan pada mereka secara percuma. Hal ini dapat mempererat hubungan antara anda dengan para pengunjung website anda dan hasil website anda pun akan semakin ramai didatangi pengunjung.

Selamat Mencuba


Monday, March 29, 2010

Peperiksaan Mac Bermula : jqaf langkawi

Posted On 6:02 PM | 0 comments


Hari ini bermulanya ujian bulan mac, Menguji sejauh manakah pemahaman murid selama 3 bulan lepas ataupun menguji teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru berkesan atau tidak. Sudah sewajarnya apabila teknik yang digunakan tidak berkesan guru perlu menukarkan cara, teknik, pendekatan yang lebih efektif. Namun begitu sekiranya ditinjau pendapat Imam Syafie " Kecerdikan, Masa yang lama, tabah dalam berusaha adalah perkara yang tidak boleh diabaikan bagi seorang pelajar. Ilmu yang diperolehi kebanyakkan adalah berkisar atas kebolehan pelajar tersebut. "Siapa yang berusaha dia akan berjaya, Siapa yang menanam dialah yang akan menuai".


Friday, March 19, 2010

PENDIDIKAN SEKS - SATU JAWATANKUASA DITUBUHKAN

Posted On 1:47 AM | 0 comments



KUALA LUMPUR, 17 Mac - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak berhubung polisi pendidikan seks di sekolah di negara ini.

Beliau berkata jawatankuasa itu perlu dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan seks, biologi dan hal-hal yang berkaitan.

"Mungkin kita boleh mengambil sedikit contoh daripada apa yang berlaku di setengah-setengah negara yang sudah memperkenalkan (polisi ini) dan juga pakar yang ada di kementerian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pembangunan sukan di sekolah di bangunan Parlimen di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, isu pendidikan seks di sekolah telah dibincangkan oleh banyak pihak.

"Cuma kementerian yang belum lagi membuat keputusan kerana kita faham bahawa ia adalah suatu perkara yang agak besar dan dinanti bukan sahaja oleh kementerian tetapi pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu, ia adalah satu perkara yang perlu kita halusi semasak-masaknya.

"Jadi, saya bercadang untuk menubuh satu jawatankuasa untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak yang setakat ini (hanya menyuarakannya) kepada media sahaja, ada pakar kata bagus, ada yang kata tak bagus, ada yang kata sudah sampai masanya, ada yang bimbang macam mana cara...jadi hal-hal sebegini kita kena ambil kiralah sebelum kita putuskan," katanya.

- BERNAMA


Thursday, March 18, 2010

Jqaf Langkawi : Dilema Guru Sekarang

Posted On 9:21 PM | 0 comments


Assalamualaikum
Sebelum cuti sekolah baru ni, Aku telah dicari oleh seorang waris pelajar... rupanya beliau marah kerana aku telah merotan anaknya....Beliau dengan bangga mengatakan, "tak pernah merotan anak kesayangannya tu.... Ya merotan memang salah dari segi undang-undang ciptaan manusia Malaysia. mana tidaknya, aku dah bagi tau 3 bulan lepas suruh beli buku latihan tapi tak beli-beli, alasannya dah habis dijual. Alasan boleh diterima.

Minggu depannya aku beli 80 buah buku latihan, nak bagi tau la.. buku latihan banyak.. jadi siap cepat dia dapat.... beli dari cikgu.., Anak waris tu tak beli pun..., Aku letak dalam kereta saja..., buku yang dibeli dengan modal 240, hanya rm 100 saja berjaya dikumpul balik... heheheh budak-budak raya sakan, mencuri buku dalam kereta cikgu... tak pa, sedekah banyak-banyak.

1 minggu sebelum cuti sekolah mac. Aku tanya pelajar yang masih tak dak buku latihan... jawapan serupa kata "Dah abis kat kedai buku" Esoknya aku bergegas ke kedai buku untuk check betul ka buku dah habis rupanya alasan bebudak tu saja......

Minggu ni nak jadi cerita, setelah 3 bulan tempoh diberikan aku pun merotanlah pelajar yang masih tak beli buku sebagai peringatan, nak bagi depa takut sikit.. Esoknya hantu belaannya datang ke sekolah... mencari "mana cikgu yang rotan anak saya, Awat cikgu tak ikut undang-undang?" Datang mengamuk kat pejabat sekolah...

Pentadbiran cuba menenangkan waris yang datang macam Jin Aladin... Lalu aku dipanggil oleh pentadbiran untuk mengenal pasti punca.... Alhamdulillah Jawapan pk 1. Rasulullah pun suruh kita didik dengan rotan....... pk 2 kata "Dia tanya budak2, Cikgu rotan tak sakit pun, sebab depa pun kena jugak". GB lagi sempoi " Cikgu pasni, Cikgu ajar yang nak belajar saja, Yang tak mau biaq depa jadi bodo, macam waris depa"

Mula GB tanya buku apa yang cikgu suruh beli? kebetulan baru saja GB lepas Cerap, Senang la aku terang.... Buku latihan yang cikgu kata baguis tadi tu.... La ni, senang yang tak mau Cikgu tak luaq, biaq padan muka.... GB cerap pun bagi aku 96% markah cemerlang tu... tapi waris yang datang tu buat macam aku tak dak pedagogi pendidikan saja......

Pasni, sapa yang baca ni, jangan cuba pukui pelajar, mai waris macam hantu mampuis hampa kalau tak dak GB dan PK2 yang nak pertahankan kita.... aku ni nasib badan Pentadbiran semuanya baguis.


Sk ulu Melaka dan Ping Pong

Posted On 1:49 PM | 0 comments


Assalamualaikum
Masa Cuti ni seronok pi jalan2, tapi kali ni hanya round langkawi saja. Bila jumpa pelancung ramai yang kata Cable car tu mahal harganya, Underwater pun sama... Memang la.. tempat pelancungan ni memang cam tu... Ramai yang tak masuk Underwater dan naik Cable car kerana harganya. Kalau cable car tu.. boleh tunjuk Ic dapat la rm 15 dari Rm 25. Underwater minta maaf memang mahal.

Bukan setakat 2 tempat tu saja yang mahal.. masa ni kedai makan pun pancung pelancung, Aku dan keluarga berhenti dekat air hangat, makan nasi separuh, isteri tak makan, anak pun separuh( sorang jer anak ). kena Rm 21.00. awat la, bahagian pelancungan tak pantau.. kalau macam ni, pelancungan kat langkawi akan mati.

Belum bercakap tentang mangrove lagi.. sini lagi kena pancung lagi sakan.. Rm250 boleh jadi sampai Rm 450.00 . bagi yang nak mai bercuti langkawi, kena pikir panjang2. dan budget secukupnya.


Wednesday, March 17, 2010

Jqaf Langkawi : Tawaran Bisness Online

Posted On 1:32 AM | 0 comments


Assalamualaikum
Saya ada satu laman web yang boleh kita kongsi bersama... Laman web yang menawarkan pemasangan Autoresponder dan Affiliate bagi yang berjinak dengan perniagaan Online. Bagi yang menjadi Ahlinya Semua Ebook, Action Script Ecover, Panduan Bisnes Online dan banyak lagi. Bagi yang baru berkecimpung dalam dunia bisnes internet boleh dapatkan di

http://www.ebukupercuma.com

Semoga perkongsian ini bermafaat.


Thursday, March 11, 2010

Friendly Ping Pong

Posted On 6:35 PM | 0 comments


Friendly ping pong telah diadakan antara Komuniti Ulu melaka bersama dengan Tabung Haji, Aadk dan Rtm malam tadi. ke semua lebih kurang 10 x games telah dimenangi Oleh team Ulu Melaka. Walaubagaimanapun lebih dari itu, yang diinginkan oleh pemain adalah persahabatan yang bakal terjalin antara mereka.

Pertandingan itu telah dilangsungkan di balai orang ramai Ulu melaka pada jam 9.00 hingga 11.30 Malam. Difahamkan pertandingan timbal balik akan diadakan di kuah pada bulan depan. Team ping pong komuniti Ulu Melaka juga di pelawa untuk mengadakan Friendly bersama guru guru di langkawi. Pertandingan itu sedang diatur oleh beberapa orang guru pada masa sekarang.


 

Jqaf Langkawi Membina Insan Cemerlang Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha