Thursday, March 18, 2010

Jqaf Langkawi : Dilema Guru Sekarang


Assalamualaikum
Sebelum cuti sekolah baru ni, Aku telah dicari oleh seorang waris pelajar... rupanya beliau marah kerana aku telah merotan anaknya....Beliau dengan bangga mengatakan, "tak pernah merotan anak kesayangannya tu.... Ya merotan memang salah dari segi undang-undang ciptaan manusia Malaysia. mana tidaknya, aku dah bagi tau 3 bulan lepas suruh beli buku latihan tapi tak beli-beli, alasannya dah habis dijual. Alasan boleh diterima.

Minggu depannya aku beli 80 buah buku latihan, nak bagi tau la.. buku latihan banyak.. jadi siap cepat dia dapat.... beli dari cikgu.., Anak waris tu tak beli pun..., Aku letak dalam kereta saja..., buku yang dibeli dengan modal 240, hanya rm 100 saja berjaya dikumpul balik... heheheh budak-budak raya sakan, mencuri buku dalam kereta cikgu... tak pa, sedekah banyak-banyak.

1 minggu sebelum cuti sekolah mac. Aku tanya pelajar yang masih tak dak buku latihan... jawapan serupa kata "Dah abis kat kedai buku" Esoknya aku bergegas ke kedai buku untuk check betul ka buku dah habis rupanya alasan bebudak tu saja......

Minggu ni nak jadi cerita, setelah 3 bulan tempoh diberikan aku pun merotanlah pelajar yang masih tak beli buku sebagai peringatan, nak bagi depa takut sikit.. Esoknya hantu belaannya datang ke sekolah... mencari "mana cikgu yang rotan anak saya, Awat cikgu tak ikut undang-undang?" Datang mengamuk kat pejabat sekolah...

Pentadbiran cuba menenangkan waris yang datang macam Jin Aladin... Lalu aku dipanggil oleh pentadbiran untuk mengenal pasti punca.... Alhamdulillah Jawapan pk 1. Rasulullah pun suruh kita didik dengan rotan....... pk 2 kata "Dia tanya budak2, Cikgu rotan tak sakit pun, sebab depa pun kena jugak". GB lagi sempoi " Cikgu pasni, Cikgu ajar yang nak belajar saja, Yang tak mau biaq depa jadi bodo, macam waris depa"

Mula GB tanya buku apa yang cikgu suruh beli? kebetulan baru saja GB lepas Cerap, Senang la aku terang.... Buku latihan yang cikgu kata baguis tadi tu.... La ni, senang yang tak mau Cikgu tak luaq, biaq padan muka.... GB cerap pun bagi aku 96% markah cemerlang tu... tapi waris yang datang tu buat macam aku tak dak pedagogi pendidikan saja......

Pasni, sapa yang baca ni, jangan cuba pukui pelajar, mai waris macam hantu mampuis hampa kalau tak dak GB dan PK2 yang nak pertahankan kita.... aku ni nasib badan Pentadbiran semuanya baguis.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

emperor casino | Shootercasino
The 인카지노 casino is famous for its quality and septcasino reliable customer service and excellent customer service. Visit and grab your 제왕 카지노 welcome bonus. Rating: 1 · ‎7 votes

Post a Comment

 

Jqaf Langkawi Membina Insan Cemerlang Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha