Tuesday, February 9, 2010

Mengurus Diari Digital


Assalamualaikum
Kepada yang ingin mencari pembantu peribadi, Farah ada temui satu laman web yang menyediakan pengurusan diari digital. web ini menyediakan khidmat untuk diri sendiri dan juga groups, malah ia dilengkapi dengan alert time. Bagi guru ia amat berguna untuk memaklumkan kepada murid setiap aktiviti yang dijalankan, malah rancangan aktiviti dalam setahun turut boleh di access oleh murid-murid.

Bahagian ini akan memberi opsyen kepada pemilik diari tersebut untuk membolehkan pelawat mengubah sesuatu atau hanya sebagai pembaca sahaja. Ia sesuatu yang baru malah diberikan service percuma. Harapan Farah kepada pembaca agar mencuba... kerana farah dan keluarga menggunakan service laman tersebut.

Alamat web tersebut boleh didapati pada link dibawah atau di sini


Saturday, February 6, 2010

Alhamdulillah hampir siap




Alhamdulillah blog farah hampir siap, setelah beberapa hari farah belajar edit dan masukkan widget. akhirnya terhasil sebagaimana yang kawan kawan lihat. harapan farah agar mendapat kritikan membina


Nasi Tomyam Udang




Petang ni, lagi sekali Abi bawak kami semua makan nasi kat luar.. Farah macam biasa kalau pergi makan Minum dah tentu Fresh Oreng makan Tomyam Udang, Sedap sungguh, farah tambah sampai 3 kali, last sekali Fresh Oreng tak abis.. Farah takut Abi marah.. Farah cuba abis kan. Minta ibu tolong abiskan juga. masa order tu, rasanya macam boleh Abis. Makan kat De bendang kali ni sedap.. rasanya dah tukar tukaq masak lain kot. dulu pi tak sedap pun


Starbuck Coffee




Hari ni Farah dengan keluarga pergi minum Starbuck Coffee, Harga bagi secawan Coffee tersebut Rm 14.00 mahalnya. Farah tak dapat minum Coffee tu.. sebab Abi order Coffee panas Farah minat yang sejuk. Starbuck mengeluarkan perisa coffee baru, entah namanya Farah tak ingat. bunyi macam honey orrangge.


Thursday, February 4, 2010

Sekolah Di Landa Taufan




Hari ini dalam sejarah, selama farah bersekolah di sini, kali pertama sekolah Farah dilanda puting beliung... angin yang datang dari arah bendang begitu kuat bunyinya desiran debu yang beterbangan menunjukkan kelajauan angin tersebut.... dari arah bendang ia menuju ke kantin sekolah, Sedikit tersasar, mungkin disebabkan ustaz Fakruddin berada di situ, angin tersebut melencung ke banggunan Koperasi seterusnya mengangkat bumbung banggunan Koperasi yang baru ditukar....

Ramai guru yang pergi melihat kejadian tersebut.. selama ini Farah hanya melihat di kaca tv sahaja.. namun hari ini ianya berlaku di sekolah Farah


Tuesday, February 2, 2010

ustazah dan keluarga




Malam ni Ustazah dan keluarga bertandang ke rumah farah.... sian anak ustazah tergeliat tangan.. balik dari urut depa mai rumah farah.. farah jamu roti mayat dan air milo.. mudahan ustazah suka


Pergi Cabut Gigi


Hai, gigi sakit dah lama.. dah berminggu-minggu, biasanya setiap hari Abi berjanji, abi terlupa.. hari ni memang abi dah ingat.. bila tiba kat klinik ayer hangat doktor pulak tiada.. punya la panas hari ni... tak tau nak habaq, doktor pulak tak dak lagi berasap.. walau apa pun katanya esok doktor ada..tapi pagi tu kena pi sekolah la pulak....
Bila rasanya gigi ni boleh di cabut.. sakit sakit memang terlalu sakit.. tolak dengan lidah pun rasa macam boleh tercabut.. tapi sakit betul betul sakit... tolong farah nak cabut gigi ...


 

Jqaf Langkawi Membina Insan Cemerlang Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha