Sunday, February 28, 2010

Jqaf Langkawi : Teknik Seo


Alhamdulillah, setelah belajar beberapa lama, study beberapa bulan, akhirnya berjaya mencari, bagaimana menggunakan teknik SEO untuk mendatangkan trafic ke Laman kita. Memang selalu IM menyatakan kita punya kandungan mestilah Friendly Seach Engine. Tapi bagi yang Newbie mana nak kenal semua tu. bila sebut SEO pun mungkin tenganga. apatah lagi kalau menyebut yang lebih dalam.

Dalam 2 bulan ke belakangan ini, mencari dan mempraktik setiap maklumat yang dapat, jqaflangkawi.blogspot.com telah mendapat ranking dalam seach engine, dilaman pertama dan menjadi laman ke lima yang disenaraikan.

Memang itu tidak penting bagi blogger yang tidak peduli, laman mereka ditempat yang ke berapa, tapi itu amat pentig bagi IM.memang betul kawan saya kata... apa guna kalau laman kita, buat cantik2 tapi tak ada orang nak ziarah. Betul tak?

Sekian


Jqaf Langkawi : Alhamdulillah


Alhamdulillah, Kelmarin telah selesai perlawanan ping pong, rupanya program sehari bersama tabung haji. ok juga, ada check kesihatan percuma. Perlawanan ping pong seperti yang dirancang, Ustaz Ismail dari Sekolah Seri Lagenda Mendapat tempat pertama, Johan la. Ustaz Rosidi dari Sk Ulu Melaka Mendapat tempat ke dua. Tempat ketiga Tabung Haji Sendiri.

Regu pula : Tempat pertama Tabung Haji. Tempat Kedua Pasangan Ustaz Rosidi dari Ulu Melaka dan Ustaz Ismail dari Sk Seri Lagenda. Hadiahnya Ok juga. Banggunan Tabung Haji, berwarna biru putih berserta Medal. Ok La, tak dak kerja lain boleh juga keluarkan peluh.

Bila rasanya Sekolah-sekolah kat langkawi nak buat anjuran pertandingan ping pong antara guru dan staf.... boleh juga keluarkan peluh-peluh yang manis ni.

Harap ustaz ismail aturkan perlawanan ping pong, buat la peringkat langkawi.

sekian


Monday, February 22, 2010

Jqaf Langkawi : Subhanallah







Kisah Air Masin & Air Tawar
"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery ' pasti
kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu ' lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur ' an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur ' an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur ' an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.


Sunday, February 21, 2010

Jqaf Langkawi : Kenapa Pelajar Gagal


Hari ni saya masuk ke dalam kelas bahasa arab. setelah mengajar ramai murid tidak dapat menguasai kalimah tersebut. Adakah guru gagal menarik minat atau kerana murid tersebut ingatannya lemah. Memang kelas tersebut, kelas D tapi di sana terdapat cara bagaimana untuk menarik mereka dalam meminati bahasa tersebut.

Rasanya telah habis ilmu yang dimiliki telah digunakan. kekadang tu terasa tension juga bila melihat mereka gagal menguasai.. mungkin di sana kawan2 ada cara boleh kongsi bersama saya.


Saturday, February 20, 2010

Jqaf Langkawi Adakan Pertandingan Pingpong


Salam
Satu pertandingan ping pong akan diadakan di langkawi, Insya Allah sebelum bulan 5 nanti, semuanya dalam perbincangan, rentetan kejohanan ping pong pada 27 03 2010 ada la, dua tiga orang guru jqaf masuk pertandingan di kejohanan ping pong terbuka kelibang.

Menang tak tau lagi, yang penting lawan tetap lawan. Apa pun persedian mesti ada, takkan tak sedia lagi, dok nampak belatih sampai jam 12 tengah malam. diingatkan kalau satu kumpulan dengan Team Ulu melaka, rasanya macam tak dak harapan. bukan apa pengalaman melihat mereka bermain. Memang hebat team Ulu melaka.

Apa yang penting, kita dapat keluarkan peluh memanjangkan kesihatan badan, betulkan Akal yang sihat dari tubuh yang sihat.

Selamat bersukan.


Friday, February 19, 2010

jqaf langkawi


Aduhai hari ni, terdengar pula, ada perbalahan antara guru jqaf PI dengan Ba, Jqaf langkawi . jqaf langkawi . Apa nak jadi dengan pulau kecil ni. Kes option pendidikan Islam dengan Option Bahasa Arab. Ada ka patut tak mau ajar bahasa arab. sebab dia bukan option ba kat maktab. Dah tu, Apa makna jqaf, bukankah j tu untuk jawi, q untuk quran A untuk arab dan F untuk fardhu Ain. Orang panggil kita pun guru jqaf. macam syampoo 3 dalam satu, kita ni empat dalam satu.

Bagi saya la... apa pun optionnya itu adalah tugas kita, ada yang option Bm ngajar Bi, mengajar Mate. Orang tak kisah pun. takkan kita nak ajar B.a riuh sekampung. Insaflah wahai guru jqaf.

Harapan agar guru jqaf di langkawi ni, lebih prihatin dengan anak murid dari dok betelagah tentang option.

sekian


Thursday, February 18, 2010

Tahniah Tahniah Tahniah


Jutaan Tahniah untuk untuk para bisnes online, Paypal melalui Pengurus Besar Paypal Asia dan India Mario Shiliashki mengumumkan khidmat baru untuk ahli Paypal malaysia. Mereka akan diberi sokongan bayaran dalam Ringgit Malaysia melalui bank tempatan.

Inilah yang ditunggu oleh pengguna Paypal, sebelum ini mereka terpaksa memasukkan duit melalui kad kredit, selepas paypal mengumumkan transaksi kewangan boleh dilakukan dalam ringgit malaysia, perniagaan online akan semakin mudah.

tahniah tahniah tahniah


 

Jqaf Langkawi Membina Insan Cemerlang Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha